|
ARKIB : 09/02/2010 Tiga pelajar sekolah menengah ditahan menyamun09/02/2010 6:48pm KUALA LUMPUR 9 Feb. – Tiga pelajar lelaki sekolah menengah yang lengkap beruniform ditahan polis sejurus selepas mereka menyamun seorang lelaki warganegara Pakistan di Selayang pagi semalam. Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.35 pagi apabila lelaki berusia 31 tahun itu didatangi empat pelajar sekolah berusia 17 tahun ketika sedang berjalan kaki. Beliau berkata, keempat-empat pelajar itu kemudian memukul mangsa dan menyamun wang tunai RM130, sebuah telefon bimbit serta salinan pasport milik mangsa sebelum melarikan diri. Katanya, anggota polis yang sedang membuat rondaan di kawasan berhampiran terlihat kejadian itu lalu mengejar keempat-empat pelajar itu yang bertindak melarikan diri ke Jalan Sungai Tua. Abdul Rahim berkata, bagaimanapun hanya tiga pelajar yang dapat diberkas, manakala seorang lagi melarikan diri dan usaha sedang dijalankan bagi mengesan pelajar itu. Katanya ketiga-tiga pelajar itu ditahan reman di Balai Polis Selayang sehingga Jumaat untuk disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan. – Bernama TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Umat Islam perlu bersyukur sambut Aidilfitri dalam keadaan aman - PM
Sibu berdepan kemungkinan banjir ketika raya Pemangku Raja Kelantan, MB adakan rumah terbuka Jenayah kad kredit: Dua rakyat Malaysia dipenjara Vietnam 18 terkorban hari keenam Ops Sikap ke-22 Musa jamin rintihan rakyat akan terus didengar Bapa Khairul Arif mengaku salah miliki bahan letupan Aliran trafik dijangka bertambah sesak lewat petang ini Peromak larikan RM80,000 dari bank di Bandar Baru Nilai Teruskan amalan sambut perayaan dalam suasana harmoni - Muhyiddin Majlis Muafakat PKR Selangor saran Anwar, Azizah teraju PKR Masalah teknikal punca gangguan elektrik seluruh Sabah Maidam akan taja doktor wanita jadi pakar sakit puan Kemalangan: Trafik di laluan Bidor-Tapah sesak lebih 10 km Gempa bumi 6.2 pada skala Ricther di Vanuatu Ferrari tidak dikenakan hukuman lebih berat “Saya tua dan mahu bersara.” - Tevez Bapa PM Britian mati ketika bercuti di Perancis Kemalangan bas ragut 16 nyawa di India
IKLAN@UTUSAN
IKLAN@UTUSAN
BANCIAN
IKLAN@UTUSAN
IKLAN@UTUSAN
Utusan Online on Facebook
|