|
WASHINGTON 9 Sept. - Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) mengarahkan Kedutaan AS di seluruh dunia mengkaji semula langkah keselamatan mereka berikutan kebimbangan meletusnya serangan ke atas rakyat dan kepentingan Amerika jika sebuah gereja kecil di Florida meneruskan rancangan untuk membakar al-Quran pada Sabtu ini.
RIYADH 9 Sept. – Arab Saudi, Mesir dan Lebanon bakal merayakan Aidilfitri esok, yang menandakan selesainya umat Islam menjalani ibadah puasa selama sebulan.
MANILA 9 Sept. - Penyiasat-penyiasat Filipina hari ini buat pertama kalinya mengaku polis mungkin tertembak beberapa pelancong dalam operasi yang melakukan banyak kesilapan dan menyebabkan lapan rakyat Hong Kong terbunuh di Manila.
SAN FRANCISCO 9 Sept. - Google Inc. meningkatkan kelajuan enjin carian Internetnya semalam dengan menambah satu ciri yang memaparkan hasil pencarian sebaik sahaja pengguna mula menaip permintaan mereka.
JAKARTA 9 Sept. - Indonesia tidak akan mengalami kerugian jika Malaysia menarik balik semua pelaburan mereka di negara ini, kata seorang ahli Parlimen republik itu, semalam.
POTSDAM, Jerman 9 Sept. – Canselor Jerman, Angela Merkel menyanjung kebebasan bersuara semalam pada satu majlis anugerah untuk seorang kartunis Denmark yang melukis karikatur Nabi Muhammad memakai serban menyerupai bom.
BEIRUT 9 Sept. - Perdana Menteri Lebanon, Saad Hariri berhasrat untuk mengadakan kunjungan hormat ke Malaysia dalam usahanya mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
IKLAN@UTUSAN
IKLAN@UTUSAN
BANCIAN
IKLAN@UTUSAN
IKLAN@UTUSAN
Utusan Online on Facebook
|