7 FEB. 2012: Wan Mustafa Mamat, 40, dituduh mencederakan muka isteri dengan mancis api di Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kota Bahru. - UTUSAN
7 FEB. 2012: Sebahagian penganut agama Hindu membawa belanga berisi susu ketika berarak ke Kuil Aralmigu Thendayu Thanpani Kovil sempena perayaan Hari Thaipusam di Johor Bahru. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
7 FEB. 2012: NORBAZILAH Amin (kiri) dan Mohd. Sazalee Hilal memangku empat bayi kembar mereka di Taman Sri Mas, Muar. - UTUSAN/ZULHISHAM ISAHAK
6 Feb. 2012: MASYARAKAT Cina turut menyediakan kelapa untuk dipecahkan semasa menyambut ketibaan Dewa Murugan yang melalui Jalan Datuk Keramat sempena sambutan perayaan Thaipusam di Georgetown Pulau Pinang. - Utusan/SAZALI CHE DIN
6 Feb. 2012: DATUK Seri Najib Tun Razak menyampaikan angpau kepada golongan kurang upaya dan warga emas pada Majlis Chap Goh Mei di Dewan Persatuan Hokkien di Klang. - Utusan/SAHARUDDIN ABDULLAH
6 Feb. 2012: NURUL Ashikin duduk sambil suaminya, Mohammad Tamizee mengayuh beca dengan diiringi kumpulan basikal-basikal lama Kelab Basikal Tua Hilir Perak pada majlis persandingan mereka di Lorong Hj Rashid, Batu 4, Selabak, Teluk Intan. - Utusan/AIN SAFRE
4 FEB. 2012: Bekas Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali ketika mengadakan sidang media di kediamannya di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. Beliau yang dipecat dari Pas tidak akan membuat rayuan dengan keputusan pucuk pimpinan parti itu. - Utusan/MOHD NAJIB MOHD NOR
4 FEB. 2012: Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil (tiga kiri) dipeluk orang ramai dan diberi tepukan selepas kembali bertugas setelah bercuti selama tiga minggu, ketika menghadiri majlis Pemantapan Jentera Pilihan Raya (Jalinan Rakyat) BN peringkat negeri Perak, di Padang Kampung Bata,Beruas. - Utusan/ROY AZIS ABD AZIZ